Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh
mStar. 16 Oktober 2024
Usahawan sensasi Datuk Seri Vida memaklumkan anak perempuannya iaitu Cik B menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej di Barcelona, Sepanyol.
Berkongsi mengenai perkara itu, Vida atau Hasmiza Othman, 53, memberitahu dia mengeluarkan belanja mencecah RM500,000 sebulan selama setahun Cik B menyambung pengajian di negara berkenaan.
“Betul Cik B sambung belajar di Sepanyol. Ambil tiga jurusan berbeza iaitu Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari.
“Kos perbelanjaan ya ampun mahal, sekitar RM500.000 sebulan termasuk kos rumah, makan dan minum.
“Cik B sambung belajar di sini (Sepanyol) selama setahun. Kemudian dia juga akan sambung pengajian untuk degree,” katanya Ketika dihubungi mStar.
Meskipun mengeluarkan belanja besar, Vida berkata dia tidak berkira untuk Pendidikan anak, malah dia memilih tempat penginapan yang selesa dan selamat untuk Cik B.
Vida bagaimanapun berharap apa yang dilaburkan itu berhasil dan Cik B mendapat Keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran.
‘Saya okay untuk habiskan wang untuk Pelajaran anak sebab saya mahu Cik B jadi orang yang hebat dunia dan akhirat, malah saya pilih Barcelona untuk Cik B sambung belajar kerana tempatnya cantik, hebat dan pelancong ramai.
“Jadi Cik B tak bosan, lagipun kalau tiada kelas dia nak ke Paris ke London balik hari pun boleh sebab dekat.
“Apa yang penting Keputusan dia kena terbaiklah,” jelasnya.