EMW Academy merupakan pusat pembelajaran yang menyediakan kemudahan kelas pertama untuk keselesaan para pelajar yang mengikuti pembelajaran di sini. Kami percaya dengan kemudahan yang baik, guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan “Fun Learning”, mudah dan tepat akan menyumbang kepada kecemerlangan prestasi pelajar kami.
Academic Class UPSR . PT3 . SPM - Normal Tuition
Kelas tuisyen berskala sederhana yang memuatkan maksimum 25 orang pelajar dalam satu kumpulan. Pilihan subjek, hari dan jadual waktu yang fleksibel memudahkan ibu bapa untuk membuat pilihan. Kelas bimbingan ini lebih berfokus kepada teknik menjawab soalan soalan peperiksaan dan latihan intensif.
Pelajar Tahun 1 hingga 6, pilihan subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Pelajar Tingkatan 1 hingga 5, pilihan subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah.
Harga bermula dari RM 160 seorang tidak termasuk yuran pendaftaran
VIP Class UPSR . PT3 . SPM - Small Group
Kelas tuisyen berskala kecil dan berimpak tinggi yang menempatkan maksimum 5 orang pelajar dalam satu kumpulan. Teknik Ulangkaji & Persediaan Awal ditekankan untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting. Guru akan memberi fokus kepada soalan soalan aras tinggi, konsep mudah dalam menyelesaikan masalah dalam soalan serta pendedahan soalan soalan peperiksaan sebenar.
Harga bermula dari RM 280 seorang tidak termasuk yuran pendaftaran
Platinum Class UPSR . PT3 . SPM - Personal Tutoring
Program yang paling ditunggu tunggu oleh kebanyakan ibu bapa dan pelajar yang telah menyertainya sebelum ini. Strategi pemantauan dalam pembelajaran anak anak ialah stategi perancangan. Sesuatu tindakan tidak akan berhasil tanpa perancangan. Perancangan merupakan hala tuju, misi atau matlamat dalam sesuatu urusan. Profil Analisis Anak dan Profil Analisis Keperluan Anak disediakan bagi membolehkan kita mengatur satu perancangan yang strategik dengan menyediakan Jadual Pengurusan Pembelajaran Strategik ke arah mengatasi segala kelemahan dan kekangan yang dihadapi oleh anak anak dan ibu bapa. Program mentoring ini juga akan menjadikan pelajar lebih yakin dan mudah dalam memahami sesuatu subjek. Program ini telah terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.
Harga bermula dari RM 280 seorang tidak termasuk yuran pendaftaran
PCS Program “Yakin Bahasa Inggeris” Profesional Certificate in Public Speaking Level 1 (PCS) London Bridge Public Speaking Mastery
EMW Academy dengan kerjasama Konsortium Pendidikan Antarabangsa Kuala Lumpur akan memperkenalkan program yakin Bahasa Inggeris untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Program yang mengambil masa selama sepuluh bulan di Malaysia dengan peperiksaan lisan yang akan diadakan pada setiap tahun di London, United Kingdom. Peserta juga boleh memilih untuk mengambil peperiksaan di Cameron Highland, Malaysia. Peserta yang lulus peperiksaan akan dianugerahi Professional Certificate in Public Speaking Level 1 oleh London Examinations Board, UK.
Yuran program RM 4,000 setiap peserta tidak termasuk yuran peperiksaan Viva £ 295 dan caj serta cukai £ 188
Intensif Membaca Tahun 1 hingga 6
Program yang diperkenalkan sejak tahun 2004 ini telah membantu ramai pelajar khususnya dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendaftaran DIBUKA SEKARANG! Keutamaan diberi kepada pelajar yang berumur 6 tahun ke atas. Tempat TERHAD. Maksimum 5 orang dalam satu kumpulan untuk satu sesi. Terdapat pilihan waktu dan hari dalam 8 sesi sebulan.
Yuran program bermula dari RM 280 seorang tidak termasuk yuran pendaftaran
Hubungi kami
email
afifadaud78@gmail.com moidz76@gmail.com
phone
Afifa 016-298 5353
address
No. 5B Tingkat 2 Persiaran Permata Taman Permata 53300 Hulu Kelang Kuala Lumpur