Pakar seni pastri bantu B40 buat kek taraf hotel 5 bintang
MalaysiaKini. 1 December 2020
Perhotelan merupakan antara sektor paling teruk terjejas sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dilaksana Mac lalu bagi membendung Covid-19.
Dilaporkan, sebanyak 204 entiti berkaitan perhotelan, resort, motel, inap desa dan chalet ditutup sejak itu.
Setakat Jun saja, lebih 30,000 pekerja di industri itu hilang kerja sementara lebih 10,000 dicutikan.
Atas niat untuk membantu rakan-rakannya dalam kalangan cef-cef hotel yang kehilangan kerja, Mohd Roizziddin Mohd Razalli, 41, mencetuskan idea Pastry Trainer.
Jelas Mohd Roizziddin, pada mulanya Pastry Trainer sekadar platform untuk memenuhi jemputan memberi kursus seni pastri kepada guru-guru vokasional di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program pertama Pastry Trainer melibatkan 25 guru sekolah vokasional dari seluruh negara.
Sambutan yang menggalakkan kemudian membuka mata Roizziddin kepada potensi untuk meluaskan khidmat latihan itu kepada golongan lain.
"Mula-mula nak bantu kawan-kawan. Iyalah, mereka ini cef-cef berpengalaman, ada yang berpuluh tahun dan pernah kerja di hotel lima bintang di dalam dan luar negara.
"Bila mereka hilang kerja, saya rasa sayang jika kemahiran dan pengalaman mereka dibiarkan begitu saja. Jadi saya rasa terpanggil untuk bantu mereka dengan jemput sebagai tenaga pengajar.

"Tapi bila ada sambutan dan pihak lain berminat, saya nampak ada potensi untuk luaskan lagi kursus dan bantu golongan B40 untuk jana pendapatan.
"Apa lagi dalam situasi ekonomi ketika ini, ramai yang hilang pendapatan atau cuba menambah pendapatan dengan jual kek dari rumah," kata pensyarah yang mengajar di sebuah universiti swasta di ibu kota dalam bidang seni pastri.
Pastry Trainer kini terdiri daripada sepasukan sembilan tenaga pengajar profesional yang memberi latihan seni pastri.
Latihan itu termasuklah bagi penghasilan kek majlis perkahwinan dan keraian, persembahan buffet dan hidangan meja pengantin, cenderahati, pembungkusan serta jualan dalam talian.
Kerjasama dengan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) yang mendapat sokongan Penjana HRDF di bawah Kementerian Sumber Manusia membolehkan kursus latihan Pastry Trainer diteruskan di Mentakab, Pahang pada Okt lalu.
Kursus percuma selama tiga hari atas inisiatif pusat khidmat Umno di kawasan itu mengumpulkan 160 peserta yang terdiri daripada golongan B40.
"Setakat ini kursus kami bergantung kepada inisiatif organisasi, badan-badan NGO atau wakil-wakil rakyat di kawasan itu.
"Jumlah peserta agak terhad memandangkan pasukan kami ketika ini cuma terdiri daripada sembilan tenaga pengajar.
"Jadi kepada mereka yang berminat, mungkin boleh jumpa wakil rakyat kawasan masing-masing dan cadangkan untuk buat kursus pastri. Insya-Allah kami datang," katanya.

Meski baru mula mengorak langkah pada Okt lalu, Roizziddin menjelaskan jadual kursus mereka kini sudah penuh sehingga hujung tahun.
Penjana HRDF dilancarkan pada 22 Jun lalu oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan bagi membantu menyediakan penempatan pekerjaan dan latihan.
Ia merupakan sebahagian inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 9 Jun 2020 bagi menangani kesan Covid-19.
Cari jalan jana pendapatan
Salah seorang tenaga pengajar Pastry Trainer, Firdaus Ismail, merupakan cef pastri di sebuah hotel lima bintang di Serdang sebelum kehilangan kerja pada Mei lalu.
Berkongsi pengalaman barunya menjadi tenaga pengajar, Firdaus, 36, mengakui rasa tersentuh dengan peserta yang begitu bersemangat menghadiri kursus.
Menurutnya, rata-rata mereka merupakan golongan suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual kek.

"Setiap kali habis mengajar, peserta akan ucap terima kasih berulang kali. Nampak mereka sangat menghargai apa yang mereka belajar.
"Mereka ini bukan orang senang. Salah seorang peserta kongsi gambar balik rumah naik sampan bawa balik kek bertingkat.
"Ini masa program di Jerantut tempoh hari. Terharu tengok mereka bersungguh-sungguh nak belajar," katanya.

Tambah Firdaus, siri ketiga kursus mereka di Jerantut yang akan diadakan pada penghujung bulan ini menarik sehingga lebih 500 permohonan meskipun peruntukan hanya untuk 160 peserta.
"Bagi saya, ini menunjukkan situasi kebanyakan rakyat golongan B40 ketika ini. Mereka hilang pendapatan. Jadi mereka cuba cari jalan untuk jana pendapatan," katanya.
Sementara itu, Roizziddin - yang pernah menimba pengalaman di Ireland bekerja sebagai 'sous-chef' - berkata peserta yang menyertai kursus Pastry Trainer akan diberikan sijil dari London Examination Board.
Menurut Roizziddin, sijil itu setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua.
Roizziddin berkata, selain merupakan bekas cef-cef hotel terkemuka, tenaga pengajar Pastry Trainer ketika ini juga merupakan ahli akademik dalam bidang pastri.

Jelasnya, peserta kursus Pastry Trainer bukan saja didedahkan dengan kemahiran baru dalam seni pastri, mereka juga akan dibimbing untuk bergerak lebih ke hadapan dalam bidang itu.
"Contohnya jika sebelum ini mereka sudah pandai buat kek atau biskut, kami akan ajar cara tambah baik hasil.
"Kami ajar buat bunga dari gumpaste, hiasan dari fondant. Mungkin sebelum ni cuba guna krim saja. Jadi kita ajar bagaimana hotel-hotel lima bintang misalnya buat kek.
"Tenaga pengajar pun bukan calang-calang. Kalau sebut nama hotel yang mereka pernah kerja, saya yakin ramai yang pernah dengar.
"Jadi, dengan pengalaman mereka itu, saya yakin, jika peserta kurus sebelum ini mereka jual kek harga RM5, lepas ikut kelas boleh jual kek harga RM20," katanya
Kementerian Sumber Manusia pada Sept lalu mendedahkan bahawa setakat 28 Ogos 2020 sebanyak 35,722 peluang pekerjaan berjaya ditawarkan di seluruh Malaysia menerusi Inisiatif Penjana HRDF.