16 profesional fiber optik tamat pengajian Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian dan Pengurusan
Utusan TV. 15 August 2024
Seramai 16 pelajar telah menamatkan pengajian Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan, sebuah program yang direka khas untuk golongan pekerja industri telekomunikasi.
Kesemua 16 pelajar adalah professional yang telah bekerja dalam industri telekomunikasi dengan pengalaman antara tiga ke 15 tahun. Program ini memberi inpirasi dan motivasi kepada golongan pekerja untuk menaiktaraf tahap akademik mereka sekaligus membuka laluan buat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD, dan yang paling menarik ialah bayaran yang boleh dibiayai tabung HRDC (Human Resources Development Corporation).
Fiber Optik adalah satu industri menarik yang telah meningkat naik selama beberapa dekad. Teknologi ini telah mengubah lanskap komunikasi moden, menjadikan ia sebahagian penting dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan rangkaian 5G, peningkatan permintaan untuk sambungan internet yang lebih pantas dan peralihan keseluruhan ke arah pendigitalan, bidang dan permintaan terhadap pekerjaan Fiber Optik akan terus berkembang pesat.
Fiber Optik menawarkan pelbagai peluang kerjaya termasuk mereka bentuk, memasang dan menyelenggara rangkaian fiber optik.
Menurut Biro Statistik USA, kerjaya sebagai pakar peralatan telekomunikasi semakin meningkat pada kadar lapan peratus di mana antara tahun 2021 hingga 2031 sahaja, dijangkakan 14,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan.
Menurut kajian pasaran Optik Malaysia 2024-2031 pula, pertumbuhan yang sangat memberangsangkan di dorong pelbagai inisiatif strategik dan kemajuan teknologi di seluruh negara.
Diploma Profesional Fiber Optik, Infrastruktur Rangkaian & Pengurusan ini ditawarkan oleh QPRO Development Center merangkumi enam modul antaranya Fiber OSP-Planning & Design, Fiber OSP Preliminary Works, Fiber OSP Civil Work, Fiber OSP Cabling Work, Fiber OSP Physical & Logical Topology dan On Site Training & Lawatan Kilang.
Program ini bertujuan menghasilkan tenaga pekerja profesional yang mahir dalam teknikal, kejuruteraan, kemahiran Insaniah, kepimpinan dan komunikasi tangkas dalam pertumbuhan industritelekomunikasi Malaysia.
Program ini mendapat penganugerahan London Examination Board (LEB), United Kingdom; ditawarkan menerusi UTM SPACE Services Sdn Bhd, manakala kursus dijalankan oleh QPRO Development Center.