Kami menyajikan makanan tradisi yang menjadi kegemaran dan pilihan ramai rakyat Malaysia. Kami menyediakan makanan yang tidak asing lagi buat ramai penggemar satay seperti Satay Ayam, Satay Daging dan Satay Kambing. Ramuan dan Perapan satay yang mengambil masa yang lama menjadikan Satay Said Paroi mempunyai kelainan yang unik, membuatkan satay kami besar, lembut dan juicy. Kuah Kacang yang dikisar tidak terlalu kasar dan halus membuatkan teksture kuah menjadi pekat, penuh menyaluti penuh pada satay dan nasi impit.
Satay Ayam
Satay Ayam menjadi menu pilihan utama kebanyakkan pelanggan kerana rasanya yang manis dan garing pada bahagian lemak ayam. Bertambah lagi apabila dimakan bersama dengan kuah kacang spesial menaikkan lagi selera para pelanggan satay yang sukakan rasa satay ayam yang manis dan cukup menepati rasa.
RM 1.00 secucuk
Satay Daging
Menu kedua terbaik yang menjadi pilihan pelanggan Satay Said Paroi. Rahsia resepi perapan daging serta ramuannya menjadikan satay daging lembut, empuk dan tetap mengekalkan rasa kemanisan daging. Citarasa pelanggan setia yang sukakan daging lembu. RM 1.20 secucuk
Satay Kambing
Perapan dan ramuan pada daging kambing menjadikan rasanya lembut, tidak berbau hamis membuatkan ia menjadi pilihan ramai peminat tegar satay kambing. Bertambah sedap apabila dimakan bersama kuah kacang spesial.