Building Towards Intellectual Daie of Al Quraan Promoting Peace Mercy Harmony
International Al Quraan Institute (INTAQIN)
ILMU MUKJIZAT AL QURAAN . MOTIVASI EMQR . TAHSIN AL QURAAN . PENGAJIAN AGAMA . PENGAJIAN BAHASA
INTAQIN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi untuk pelajar lepasan Sekolah Pondok dan Maahad Tahfiz yang tidak menduduki peperiksaan SPM. Kami menyediakan platform untuk para pelajar menyambung Pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di dalam negara mahupun di luar negara melalui kerjasama dengan Kolej/Universiti yang terpilih. Selain itu kami juga menyediakan peluang untuk pelajar memiliki Sijil Kemahiran Malaysia di dalam bidang Kaunseling, Pengajian Tahfiz atau Pengurusan Tahfiz.
Ilmu Mukjizat Al Quraan Para pelajar INTAQIN akan diajar bagaimana untuk membuat kajian terhadap ilmu-ilmu Mukjizat di dalam Al Quran. Sebagai contoh, mereka perlu mengkaji apakah ciri-ciri yang ada pada seekor labah-labah sehingga ia dinukilkan oleh Allah di dalam Al Quran? Apakah kaitan labah-labah tersebut dengan Iman? Kajian-kajian yang mereka lakukan di INTAQIN akan menjadi asas kepada tesis mereka di peringkat diploma, degree, master dan PhD di universiti-universiti yang terpilih. Kajian-kajian ini juga menjadi bahan tafakur untuk mereka menjadi golongan Ulul Albab.
Program Motivasi 5K - EMQR
Selain daripada membuat kajian terhadap ilmu-ilmu mukjizat Al Quraan, para pelajar dilatih untuk menjadi Kaunselor, Coach dan Motivator dalam Program Motivasi 5K di 4 Dimensi Insan EMQR (Emosi Minda Qalbu Rohani).
Kesemua mereka telah menyampaikan slot-slot motivasi di hadapan pelbagai lapisan masyarakat termasuk di hadapan golongan kenamaan seperti mantan Perdana Menteri Malaysia (YAB Tun Dr Mahathir Mohamad), Menteri & Timbalan Menteri (YB Datuk Dr Zulkfili Al Bakri, YB Dato Rina Mohd Haron dan YB Datuk Hjh Zailah Mohd Yusof).
Keyakinan menyampaikan motivasi juga diterapkan dari semasa ke semasa melalui Program Street Dakwah. Mereka dilatih untuk menyampaikan dakwah di tepi pantai, tepi tasik bahkan sehingga ke gereja dan tokong.
Pengajian Agama Tahsin Al Quraan & Kelas Bahasa
Di samping penekanan terhadap Ilmu Mukijizat Al Quraan dan Program Motivasi EMQR, para pelajar turut diajar tentang pengajian agama seperti Ilmu Feqah, Qasasun Anbiya dan Adabul Quraan. Mereka juga setiap hari akan mengikuti Kelas Tahsin Quraan bagi memantapkan diri sebagai seorang Daie Al Quraan.
Selain itu, penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris juga ditekankan bagi persediaan mereka menyambung pelajaran di luar negara.